Thursday 14 November 2013

Ringkasan Artikel 2:

a) Usahawan Datuk Jimmy Choo

Kecemerlangan yang dicapai oleh Datuk Jimmy Choo

Datuk Jimmy Choo boleh dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya memperkenalkan nama Malaysia di dunia fesyen serta sentimen patriotik yang sentiasa diluahkannya ketika berucap tentang negaranya. Secara berjenaka beliau pernah berkata, ingin dikenang sebagai seorang dewa kasut seperti Wah Toi, seorang dewa kasut dalam masyarakat Cina yang dipuja oleh Persatuan Pembuat Kasut Cina dari bahagian timur dunia. Pada hakikatnya, beliau sudah dianggap sebagai seorang dewa kasut memandangkan kasut rekaannya menjadi kegemaran pencinta-pencinta fesyen dan diiktiraf oleh dunia fesyen sejagat.

Baru-baru ini beliau bersama-sama duta makanan Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan telah dianugerahkan Anugerah Khas Kementerian Pelancongan kerana mempromosikan Malaysia di luar negara. Kedua-duanya menerima trofi daripada Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen di Anugerah Pelancongan Malaysia 2010 dan 2011 yang disaksikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun.


ULASAN:
Dalam artikel ini, saya dapat melihat sebagai seorang pembuat kasut, beliau telah bertungkus-lumus dan akhirnya telah dapat pujaan daripada orang ramai. Rekaan kasut yang dicipta oleh Datuk Jimmy Choo boleh dikatakan dapat menjadi fesyen yang paling terkenal dalam bidang kasut. Sebagai duta Malaysia, Datuk Jimmy Choo tidak lupa mengenang jasa negara asalnya. Beliau memperkenalkan nama Malaysia setiap kali membuat ucapan di hadapan orang ramai.

Anugerah Khas Kementerian Pelancongan telah diberikan kepada Datuk Jimmy Choo kerana telah mempromosikan Malaysia di luar negara. Anugerah ini telah membuktikan kecemerlangan Datuk Jimmy Choo sebagai duta Malaysia. Di sini, mengharapkan Datuk Jimmy Choo boleh menyumbang tenaga kepada Malaysia dari segi pendapatan negara.


 b) Usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tidak melupakan kebajikan

Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia. Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM775 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.

ULASAN :
             Dalam artikel ini, saya dapat melihat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah menjadi teladan yang baik bagi semua usahawan yang berjaya di Malaysia. Hati beliau tidak dipenuhi dengan ketamakan. Beliau telah menggunakan wang yang diuntung dengan peluh sendiri menyumbangkan kepada agama, institusi-institusi pendidikan dan juga membantu pelajar miskin. Beliau telah menderma lebih daripada seribu juta kepada masyarakat. Pemurah yang sentiasa menyumbang biasanya orang kaya, orang yang hanya tahu menerima manfaat daripada orang lain biasanya orang miskin.

            Di sebalik kebajikan, beliau amat disanjung oleh orang ramai. Bagi menghargai sumbangan dan jasa beliau, Yang Dipertuan Agong telah menganugerahkan pingat dan darjah kebesaran kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Gelaran Tan Sri juga diberikan kepada beliau atas sumbangan beliau kepada bidang perniagaan yang banyak itu.


c) Usahawan Tan Sri Lim Goh Tong

Sikap membawa kepada kejayaan seseorang usahawan

Kedatangan Tan Sri Lim Goh Tong sebagai seorang yang sangat miskin menyebabkan beliau berusaha lebih keras untuk membaiki taraf hidup. Pengasas Genting Group merangkap hartawan Asia, Tan Sri Lim Goh Tong pernah mendedahkan beberapa tips yang diamalkannya sendiri sehingga berjaya menjadikan Genting Highlands Resort sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka dunia. Beliau meninggal dunia pada tahun 2007 sebagai orang terkaya Asia Tenggara dengan aset bernilai RM 421.8 billion.

Tan Sri mengamalkan sikap dengan menepati masa yang telah dibuat. Beliau juga akan hadir 10 minit lebih awal dari masa yang telah dijanjikan. Beliau sendiri tidak pernah memungkiri janji yang telah dibuat. Usaha gigih beliau membuahkan hasil yang lumayan. Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai. Beliau juga akan menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang yang terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang paling berharga. Kini, First World Hotel merupakan antara hotel terbesar di dunia.

ULASAN :

            Dalam artikel ini, saya dapat melihat orang yang miskin mempunyai semangat keusahawanan yang lebih kuat. Banyak sikap Tan Sri Lim Goh Tong yang boleh dijadikan teladan kepada kami. Contohnya, menepati masa. Sikap menepati masa boleh mendapat kepercayaan daripada orang ramai. Beliau juga tidak pernah memungkiri janji yang dibuat amat disanjungi oleh orang ramai.


            Selain itu, tidak sama dengan orang lain. Tan Sri Lim Goh Tong boleh bekerja dengan syif 24 jam sehari. Bagi orang ramai, kerja 8 jam telah meluahkan rungutan. Bagi mencapai matlamat, beliau amat bertungkus-lumus dengan pekerjaannya. Pekerja yang di bawahnya amat gembira bekerja dengannya. Bagi seorang majikan, mempunyai pekerja yang setia merupakan aset yang berharga. First World Hotel adalah hasil Tan Sri Lim Goh Tong dan pekerjanya yang tidak ternilai.

Tuesday 5 November 2013

Ringkasan Artikel :  Usahawan Datuk Jimmy Choo
Cabaran Yang Dihadapi Oleh Datuk Jimmy Choo Dalam Menubuhkan Syarikat
Permulaan kisah beliau bermula apabila Jimmy Choo ingin meneruskan pelajaran di London selama empat tahun. Kursus yang beliau ambil adalah selama empat tahun dan beliau perlu bekerja untuk membiayai kehidupan dan yuran selama tiga tahun. Oleh itu, beliau pun bekerja sambilan sebagai pencuci di sebuah restoran dan kilang kasut untuk membiayai kehidupannya di sana.
Selepas tamat pengajian di London, Datuk Jimmy mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan di Malaysia. Beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan terus bertahan. Pada tahun keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot, sehingga pada satu masa beliau terpaksa hidup dengan hanya memakan mi segera.
ULASAN:
Dalam artikel ini, saya dapat melihat setiap permulaan perniagaan mesti ada cabarannya dan rintangannya sendiri. Datuk Jimmy Choo pada masa seorang pemuda lagi telah menunjukkan semangat sanggup mengambil risiko dan sanggup menanggung kesusahan dalam perjalanan pelajaran. Beliau mengambil keputusan untuk meneruskan pelajaran di luar negara iaitu London dan bekerja sambilan untuk membiayai kehidupannya di sana.

Begitu juga dengan penubuhan syarikat Jimmy Choo sendiri. Pada permulaan perniagaan empat tahun yang pertama, hasil jualan kasut perniagaannya amat rendah. Tetapi beliau mengamalkan semangat tidak berputus asa dalam usaha mendirikan jenama kasutnya. Beliau juga mempunyai semangat keusahawanan orentasi peluang dalam kejayaannya. Beliau berjaya menarik perhatian Puteri Diana untuk memakaikan kasutnya. Selepas itu, reputasi beliau terus melonjak dan hasil jualan kasutnya menjulang ke langit.


Ringkasan Artikel : Usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Bumiputera yang berjaya memonopoli pasaran perniagaan di Malaysia
Banyak yang diperkatakan mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.
ULASAN :
            Dalam artikel ini, saya dapat melihat banyak ciri-ciri yang terdapat pada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Antara itu adalah keyakinan dan optimistik. Beliau mempunyai keyakinan yang amat tinggi dalam menceburi pelbagai bidang. Banyak usahawan yang kekurangan keyakinan diri amat susah untuk berjaya kerana sentiasa berasa ketidakmampuan menyebabkan kehilangan peluang yang berharga untuk berjaya.
            Selain itu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari juga mempunyai ciri keusahawanan orentasi peluang. Orentasi peluang adalah satu kebolehan mencari peluang yang sedia ada atau kebolehan mencipta peluang sendiri. Beliau tidak hanya berasa penuhi dalam satu bidang yang dapat dikuasai. Malahan beliau berusaha mencari peluang untuk menerokai bidang yang masih mempunyai peluang untuk dilabur. Pepatah Cina “Orang bodoh menunggu peluang, yang pandai mencipta peluang”. Tiada peluang yang akan jatuh dari langit, kita perlu pandai mencipta peluang untuk diri kita sendiri.


Ringkasan Artikel : Tan Sri Lim Goh Tong
Usahawan yang memulakan perniagaan pada usia hampir persaraan
Usia 50-an, ramai orang dah mula fikir hendak main-main dengan cucu, hendak jaga ayam kerbau, tapi tidak dengan Tan Sri Lim Goh Tong. Beliau tidak pernah terfikir untuk bersara. Bahkan dengan kewangan selesa, beliau tetap sanggup mengambil risiko kerana baginya, bila-bila saja adalah waktu terbaik untuk memulakan sesuatu teroka niaga, terutamanya yang tidak dianggap menarik oleh orang lain. Bila beliau kata nak bangunkan kawasan hutan, di puncak Genting Sempah sebagai kawasan peranginan terkenal, ramai kawan dan rakannya tercengang tidak percaya. Ada kata beliau gila dan ramai juga yang gelakkan idea beliau. Bahkan ada seorang rakannya kata ideanya seperti cerita ajaib dalam Hikayat Seribu Satu Malam.
ULASAN :
            Dalam artikel ini, saya dapat melihat semangat usahawan yang amat ketara pada sikap Tan Sri Lim Goh Tong. Walaupun mencapai usia yang umur bersara 50-an, tetapi beliau masih sanggup mengambil risiko untuk menceburi dalam bidang pembangunan hartanah. Siapa yang dapat menggambarkan Gunung Kali pada hari ini boleh menjadi kawasan peranginan terkenal di Malaysia.
Keyakinan yang amat tinggi yang ada pada Tan Sri Lim Goh Tong amat jarang ditemui pada orang biasa. Keyakinan diri yang tinggi mesti dipupuk untuk mencapai kejayaan. Tan Sri Lim Goh Tong tidak takut diejek oleh orang ramai tetap berterusan dengan hasrat sendiri. Akhirnya, orang ramai mengagum dengan kejayaan beliau yang ajaib itu.






3 KISAH USAHAWAN YANG BERJAYA 


TAN SRI LIM GOH TONG

  Perniagaan menuntut sepenuh perhatian, tenaga, masa dan pengorbanan yang seluruh kerana perniagaan merupakan bidang yang sangat serius. Jika kita berani mengambil risiko, perniagaan kita akan terus maju. Jika tidak, angan-angan hangat tahi ayam ini akan berhenti dipertengahan jalan dan maruah diri sendiri yang terpaksa digadai. Perniagaan boleh diibaratkan sebagai maruah seseorang kerana tiada seorang pun yang mahu hidupnya gagal dan diperlekehkan pihak lain. Orang yang bijak dalam perniagaan mampu merasai kehidupan yang sebenar dengan memiliki semua keinginan dan impian. Seperti memiliki banglo seperti istana, memandu kereta mewah, mempunyai kewangan yang stabil, bercuti di serata pelusuk dunia dengan pelbagai kemudahan lain. Menjurus kepada topik asal, perniagaan dengan Orang Cina adalah sangat sebati dan sukar untuk dipisahkan. Boleh dikatakan bahawa rahsia kejayaan Orang Cina adalah melalui perniagaan. Disebabkan hal itu, ramai golongan jutawan Malaysia terdiri daripada golongan Orang Cina. Golongan ini mampu hidup mewah hasil daripada peluang perniagaan yang diceburi mereka. Lebih jelas lagi jika kita katakan bahawa sebarang jenis perniagaan di Malaysia dimonopoli oleh golongan ini. Sejak awal penubuhan Tanah Melayu, golongan ini yang datang berhijrah dari China telah memegang tampuk pentadbiran dalam urus niaga terutamanya perusahaan lombong.
  Senarai terbaru kedudukan jutawan Malaysia menurut Malaysian Business 2011, kedudukan tempat pertama ialah Raja Gula Malaysia, iaitu Tan Sri Robert Kouk. Beliau merupakan seorang Cina yang memegang aset bernilai RM 50.04 billion. Perniagaan gula yang diusahakannya telah meletakkan statusnya pada tahap tertinggi hari ini. Tempat kedua disusuli oleh seorang taikun komunikasi, T Anand Krishnan dengan aset bernilai RM 45.78 billion. Tangga ketiga juga dikuasai oleh Orang Cina iaitu Pengerusi Public Bank, Tan Sri The Hong Piow dengan aset bernilai RM 12.77 billion. Tangga keempat sehingga tangga keenam turut dimonopoli golongan Cina dan tangga ketujuh adalah Orang Melayu iaitu Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary daripada Yayasan AlBukhary dengan aset bernilai RM 8.84 billion. Golongan ini mempunyai cara yang tersendiri untuk terus maju dan meluaskan lagi empayar perniagaan mereka.
  Contoh yang paling rapat dengan kita adalah pembukaan pusat pelancongan terbesar iaitu Genting Highlands Resort. Kedatangan beliau sebagai seorang yang sangat miskin menyebabkan beliau berusaha lebih keras untuk membaiki taraf hidup. Pengasas Genting Group merangkap hartawan Asia, Tan Sri Lim Goh Tong pernah mendedahkan beberapa tips yang diamalkannya sendiri sehingga berjaya menjadikan Genting Highlands Resort sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut berbangga dan menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus maju dalam perniagaan. Mendiang Tan Sri merupakan pengasas Genting Group dan presiden seumur hidup. Beliau meninggal dunia pada tahun 2007 sebagai orang terkaya Asia Tenggara dengan aset bernilai RM 421.8 billion!
Merendah Diri, Bersopan Santun dan Menghormati Orang Lain
  Perasaan rendah diri dan tidak bongkak dengan kemewahan yang dimiliki akan menjadikan diri seseorang lebih berwaspada dengan usaha yang dilakukan. Serta tidak pernah lalai dengan wang yang banyak. Jadi, wang yang dikumpul sentiasa menjanjikan pulangan modal yang dapat digunakan pada masa depan dan wang itu juga boleh mula disimpan. Amalan merendah diri akan membuatkan ramai orang yang suka berdamping dan suka berkawan dengan kita. Walaupun kita sudah menjadi antara usahawan yang terkenal, nilai untuk menghormati orang lain jangan dilupa. Kerana nilai ini menggambarkan sikap secara keseluruhannya. Selain itu, Tan Sri juga mengamalkan sikap dengan menepati masa yang telah dibuat. Beliau juga akan hadir 10 minit lebih awal dari masa yang telah dijanjikan. Beliau sendiri tidak pernah memungkiri janji yang telah dibuat. Kerana perkara seperti ini akan menjejaskan hubungan yang telah dibina. Seboleh-bolehnya, jauhi kelakuan ini untuk menjamin hubungan yang baik. Tan Sri juga mengamalkan amalan bangun tidur awal dan kembali ke bilik tidur lambat. Jika mahu berjaya dalam perniagaan, mari kita cuba tips beliau.
Berkerja Keras & Sedaya Upaya
  Orang Cina sentiasa positif dalam dunia perniagaan. Kerana, dunia perniagaan menjanjikan peluang untuk menikmati kehidupan yang sangat manis. Untuk menjadi senang kita tidak mempunyai pilihan selain bekerja kuat atas usaha diri sendiri. Mengikut perkiraan Orang Cina, apabila mereka hidup dalam kemewahan, secara sendirinya kebahagiaan itu akan hadir. Pemikiran Orang Cina dengan bangsa lain adalah sangat berbeza. Orang Melayu contohnya hanya berharap untuk berkhidmat dalam kerajaan selepas menamatkan pengajian di universiti. Hal ini membuatkan mereka tidak berfikir di luar kotak untuk mencuba sesuatu yang baru atau cuba untuk membaiki taraf hidup yang lebih selesa. Pemikiran lama ini sering sahaja menghantui hidup bangsa Melayu dan membuatkan golongan ini gagal untuk berada pada kedudukan yang selesa setaraf juwatan Malaysia. Rata-rata usahawan Cina yang berjaya bekerja 18 jam sehari. Mereka hanya ada masa yang terhad untuk merehatkan diri. Sebab itulah mereka menghargai masa sebaiknya. Jika kaum lain, cukuplah apabila keluar bekerja pukul 8 pagi dan pulang dari tempat kerja pada pukul 5 petang. Hanya tunggu hujung bulan apabila gaji boleh dikeluarkan.
  Golongan ini juga sentiasa bersikap tamak dan tidak pernah berpuas hati dengan keselesaan yang sedia dinikmati. Mereka tidak pernah jemu untuk menjadi kaya. Sikap ini menjadi pembakar semangat mereka untuk berusaha dengan lebih gigih. Jika hendak dibandingkan dengan kaum lain seperti Melayu sendiri, mereka akan cepat merasa puas dan selesa dengan apa yang mereka miliki. Mereka kurang berminat untuk memperbaiki hidup yang selesa untuk menjadi lebih selesa lagi. Itulah kelemahan kaum Melayu. Mungkin mereka baik dalam bidang lain, bukan dalam bidang pernigaan. Rata-rata kaum lain tidak berminat untuk menambahkan masalah sakit kepala apabila beban dan tanggungjawab kerja semakin bertambah. Bagi kaum lain, orang tamak selalu rugi, tetapi tidak bagi Orang Cina. Semakin tamak, semakin baik. Orang kaya akan semakin kaya, dan orang yang malas akan terus susah. Orang Cina bersikap tamak untuk mengumpul aset yang dimiliki dan untuk kesenangan generasi mereka. Mungkin juga mereka dipengaruhi oleh faktor yang telah diketahui ramai bahawa Orang Cina sangat bijak dalam selok-belok perniagaan. Disebabkan hal inilah menjadi faktor pendorong untuk menjadikan mereka terus kaya. Bimbang jika air muka mereka jatuh.
Amalan Menyimpan Wang
  Tan Sri mengamalkan sikap dengan menyimpan wang yang diperolehi bukan untuk dibelanjakan tetapi untuk dibuat pusingan modal dan pelaburan yang akan datang. Jika tidak, hanya sekali sahaja kita akan untung, selepas itu hanya kerugian sahaja yang diterima. Adat berniaga pasti ada untung rugi. Tetapi jika hanya rugi, tandanya perniagaan itu sudah tidak mampu bertahan lama. Wang modal perniagaan dengan wang perbelanjaan harian mesti disimpan secara berasingan. Hal ini bagi mengelakkan masalah pengeluaran perbelanjaan untuk keperluan yang tidak sepatutnya. Apabila melihat wang yang banyak, tanpa berfikir panjang pasti kita akan menggunakan wang itu tanpa menyedari itu adalah wang untuk pusingan dan pelaburan yang seterusnya. Manusia sememangnya mudah alpa, nampak sahaja kemudahan yang ada, mulalah lupa dunia. Wang yang sepatutnya disimpan silap-silap habis dibelanjakan pula. Apabila perniagaan semakin maju, modal juga semakin besar. Apabila mempunyai wang yang besar untuk dilaburkan maka keuntungan juga semakin tinggi. Mempunyai kedudukan yang kukuh dalam perniagaan adalah harapan bagi semua peniaga dan usahawan yang berjaya. Dalam kata yang paling mudah, modal besar untung juga pasti besar.
Bermula dari Bawah
  Beliau bekerja dari peringkat yang paling bawah. Beliau bekerja sebagai tukang kayu sebelum membuka syarikat pembinaan Kien Huat dan bergelar kontraktor kelas A. Tan Sri sendiri merupakan seorang budak miskin semasa mula berhijrah ke Tanah Melayu. Kemudian, usaha gigih beliau membuahkan hasil yang lumayan. Pelbagai pekerjaan yang dilakukan sebelum bergelar jutawan. Orang Cina berharap untuk menjadi terkenal sejak awal pembabitan dalam dunia perniagaan. Harapan adalah satu, tidak mahu kaum dan keturunan mereka terus susah. Beliau sendiri pernah dikatakan gila apabila mengatakan hasrat untuk membagunkan Gunung Ulu Kali. Lihat, sekarang impian itu telah menjadi kenyataan. Gunung Ulu Kali telah bertukar menjadi Genting Highlands. Setiap titik peluh yang mengalir telah memberikan kita keselesaan sehingga dikenali seluruh dunia. Secara tidak langsung, penubuhan Genting Highlands juga telah memberikan peluang pekerjaan kepada semua kaum.
Tidak Bermain Kotor dalam Perniagaan
  Berikutnya, beliau sentiasa berpesan agar tidak bermain kotor dalam perniagaan. Jangan mengambil jalan pintas jika mahu perniagaan yang diusahakan bertahan lama sehingga boleh diwariskan kepada generasi yang berikutnya. Beliau sentiasa mengingatkan Orang Cina dan semua orang yang mahu terjun ke dunia perniagaan agar tidak membuat helah. Kerana tiada jalan pintas untuk berjaya selain dengan usaha diri sendiri. Minat yang mendalam akan menjadi pendorong dan pembakar semangat dalam pekerjaan yang dilakukan. Minat merupakan ubat yang paling berkesan untuk memajukan perniagaan. Peniaga harus sentiasa sedar diri dan percaya pada kawan sekeliling dan juga percaya kepada Tuhan dan memohon berkat daripadanya. Hendak memulakan perniagaan bukan suatu perkara yang mudah, jika mempunyai musuh, kelak perniagaan itu tidak mampu bertahan ekoran ada musuh yang menikam dari belakang. Pendek kata, berbuat baik pada semua orang adalah kuncinya.
Berani Menanggung Risko
  Sebarang kemungkinan untuk jatuh mesti kita sedia terima dengan tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus membina masa depan yang cerah. Jika tidak berani, hasrat untuk memulakan perniagaan harus dilupakan. Kemunculan pusat perlancongan bertaraf dunia itu adalah hasil idea seorang lelaki Cina yang pernah dilabel sebagai gila suatu ketika dahulu. Ejekan yang diterima dijadikan pembakar semangat untuk maju. Orang pernah mengatakan bahawa idea itu tidak akan kemana dan pelaburannya tidak menjanjikan pulangan modal berikutan tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu. Beliau telah menyahut cabaran itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu bagi menjimatkan kos. Beliau dan kawan-kawannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua bedekatan. Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai. Beliau juga akan menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang yang terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang paling berharga. Kini, First World Hotel merupakan antara hotel terbesar di dunia.
  Secara kesimpulannya, semua orang mempunyai hak untuk berjaya dan mereka wajar diberi peluang untuk mencuba nasib. Kerana semua manusia itu mempunyai cita-cita. Mereka boleh menjadikan mana-mana tokoh sebagai inspirasi untuk berjaya. Usaha keras akan membuahkan hasil dalam setiap pekerjaan yang hendak dilakukan. Sesungguhnya setiap cita-cita dan impian menagih sepenuh perhatian dan pengorbanan yang paling tinggi. 

3 KISAH USAHAWAN YANG BERJAYA


TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARI

  Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari dilahirkan ke dalam keluarga kelas pertengahan rendah di utara Semenanjung Malaysia. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Baru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s. Pendidikan yang tertinggi adalah hanya sehingga tingkatan lima, dan dia tidak pernah pergi ke universiti. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak mempunyai pengetahuan. Banyak pengetahuan dan pengalaman beliau telah diperoleh melalui pengalaman keusahawanan sendiri semasa mudanya.
  Disebabkan oleh latar belakang keluarga yang miskin, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari terpaksa melangkah ke dunia bekerja dalam kehidupan awal beliau, pada masa yang sama mengikuti pengajian rendah dan menengah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasaran dan juga menjual roti canai. Pengetahuan angka beliau digunakan untuk membantu bapanya dalam melakukan buku simpanan harian.
  Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu bapanya dalam perniagaan lembu penternakan tetapi hanya untuk melihat perniagaan itu muflis akibat penyakit kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, beliau mengambil alih perniagaan dan mula semula dengan menjual daging. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
  Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar kemudian menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
  Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong TanGhiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.
  Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
  Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha beliau kepada bidang yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.Kejayaannya dapat dilihat dengan penguasaan sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993. Beliau juga telah berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan selama 30 tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Seaport memiliki 60 peratus daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai pemegang saham yang terbesar. Beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana kejayaannya mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya menguruskan pelabuhan tersebut menjadi satu pelabuhan yang cergas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. PTP berjaya menarik minat syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan akan memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Ia merupakan satu projek yang akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hak perkapalan yang termaju di rantau ini.
  Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Secara persendirian, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga memiliki SKS Ventures Sdn. Bhd di mana beliau telah diberi tanggungjawab menjalankan projek membina 2100MW tapak ‘gas-fired‘ di Tanjung Bin, Johor. Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam PERNAS di mana Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memiliki 32% saham melalui syarikat Restu Jerneh. Beliau juga turut memiliki kepentingan di dalam Fiamma Holdings Berhad di mana terdapat 18.68% saham diperoleh melalui Syarikat Perdana Padu Sdn Bhd dan Corak Kukuh Sdn Bhd miliknya. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad di mana beliau merupakan pemegang saham secara individu sebanyak 7.34 %.
  Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Tan Sri Syed Mokhtar Al BukhariYayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia. Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM775 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
  Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.
  Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.









Monday 4 November 2013

3 KISAH USAHAWAN YANG BERJAYA





DATUK JIMMY CHOO

  Datuk Jimmy Choo adalah seorang pereka kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan kasut bertumit tinggi. Dia merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah ‘Order of the British Empire’ oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth II pada tahun 2002. 
   Datuk Jimmy Choo bukan sahaja seorang pereka kasut tetapi juga seorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan hasil seninya. Beliau mendapat ilham dan inspirasi rekaannya daripada alam semula jadi seperti pokok dan bunga dan juga dari keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di tempat-tempat yang dilawatinya. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya berasa selesa dan selamat walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi.
  Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut. Beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa.
  Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pembelajaran beliau pada tahun enam. Beliau menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun. Selepas itu, beliau menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. Pada tahun pertama, bapanya menanggung pengajiannya tetapi untuk 3 tahun yang seterusnya, beliau melakukan kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut demi mencari sesuap nasi dan menampung pengajiannya.
  Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot.
 Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya sekitar tahun 1990. Semenjak daripada hari itu, dia terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo dan menyebabkan nama Jimmy Choo terus melonjak di pasaran antarabangsa. Pada tahun 1996, beliau mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Pada April 2001, Choo menjual pegangan 50% dalam syarikat dengan harga sebanyak £ 10 juta untuk menumpukan kerja-kerja yang dilakukan pada Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd.
  Kini, jenama Jimmy  Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes. Banyak orang terkenal memakai dan menempah kasut beliau. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The Devils Wear Prada (kasut dipakai oleh Meryl Streep) dan In Her Shoes (kasut digayakan oleh Cameron Diaz). Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes (Cameron Diaz).









MAKLUMAT PERIBADI


                            NAMA                                       : LOO WEI WOONG

                            NO. MATRIC                            : 213088

                            NEGERI                                     : PULAU PINANG

                           PROGRAM                                 : BACHELOR OF BUSINESS                                                                                                    ADMINISTRATION WITH 
                                                                                 HONOURS (BBA)